Sunday, June 5, 2011

Permulaan kepada Nukilan..


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Como dias? Mesti anda tertanya apakah maksud ayat tersebut, bukan? Ayat tersebut merupakan bait- bait yang sentiasa digunakan oleh golongan yang hidup dengan bahasa ini, iaitu bahasa Sepanyol yang bermaksud apa khabar. Mungkin ada dalam kalangan kita yang ingin melakukan nukilan eksperimental yang berselitkan dengan keunikan bahasa ini? Menarik bukan...Kita lari sebentar dari kebiasaan pengaruh bahasa Inggeris mahupun Arab yang terhadap karya yang sedia ada...

Namun, anda mesti tertanya- tanya mengapa pengenalan begitu lambat disua. Sepuluh jari disusun kerana ini memang kesilapan yang sukar dielakkan. Saya sebenarnya sudah memulakan nukilan untuk subjek ini. Namun, seribu kali sayang, karya tersebut tidak menepati kehendak Prof. Mawar. Jadi, saya kira wajar saya menghasilkan dan memaparkan karya yang bertepatan dengan kehendak Prof. Mawar agar ia dapat dijadikan sebagai landasan bagi membaiki diri dan merapatkan ukuwah yang mula terjalin. Saya kira majoriti pelajar yang mengikuti kursus ini terdiri daripada pelajar MASCOM.Jadi, saya yang mengambil kursus lain ini untuk menjalinkan persahabatan yang diharapkan dapat terjalin antara kita.

Akhir kata, diharapkan semua dapat menikmati keseronokan dan manafaat secara optimum dengan kursus kali ini.

1 comment:

  1. Sdr Fatin Nadiah
    harap dapat tambah lagi entri. jumpa di kuliah nanti!

    ps: saya bukan/belum PROF....

    ReplyDelete