Thursday, June 23, 2011

Nukilan Kesebelas

Nukilan Kesepuluh



Kebetulan, semestar ini saya menamatkan dua kelas pada hari yang sama. Memang tak dapat dilupakan. Saya memulakan langkah walaupun terpaksa berseorangan semestar ini kerana kekangan yang dihadapi oleh kawan- kawan.

Semestar pendek bagi saya agak menyeronokkan. Saya berkenalan dengan rakan baru, pensyarah baru, belajar perkara yang baru dan hidup dengan cara yang baru.

Terima kasih juga diucapkan kepada Dr Mawar di atas tunjuk ajar dan juga sebab belanja para pelajar kek coklat.

Diharapkan, di masa hadapan kita masih akan bertegur sapa biarpun bukan dalam kelas yang sama

INSPIRASI: LESTARI, TERIMA KASIH SEGALANYA

Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Aku bersyukur pada Tuhan Yang Esa
Kerana dia yang menemukan kita
Semoga kita mendapat rahmat darinya
Hidup bahagia

Oh kasih indahnya kurasakan
Sewaktu engkau ada bersama di sisiku
Indahnya cintamu
Biarpun apa yang terjadi rela ku tempuh
Asal kau tahu hargai pengorbananku ini
Terhadap dirimu

Sewaktu kau berduka aku ada di sisimu menemani
Sewaktu kau gembira jangan pula kau lupa diri ini
Andainya aku tiada
Abadikan cinta kita sepanjang hayatmu

Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Hidup bahagia...

Nukilan Kesembilan


Sebenarnya lagu ini amat menyentuh hati saya. Kenangan lagu ini amat mendalam. Kami membuat penutup teater musikal dengan lagu ini.

Lagu ini sebenarnya mengigatkan saya betapa singkat tempoh saya akan bersama- sama dengan rakan- rakan saya sebelum kami menamatkan pengajian. Selepas tamat pengajian, semua akan membawa haluan masing- masing. Satu perkara yang paling berharga ialah bertemu dengan rakan- rakan yang mempunyai cara pemikiran yang sama. Saya mulai faham tentang keseronokan di kampus kerana mereka.

Saya bertuah kerana sentiasa mendapat kawan yang cukup mengambil berat tak kira masa mahupun tempat. Moga persahabatan kami kekal di akhirnya.

INSPIRASI: VITAMIN C, GRADUATION

And so we talked all night about the rest of our lives

Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real cool
Stay at home talking on the telephone with me
We'd get so excited, we'd get so scared
Laughing at our selves thinking life's not fair
And this is how it feels

( 1 )
As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny ?
Will we still remember everything we learned in school ?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man ?
Can we ever find a job that won't interfere with a tan ?
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels

( repeat 1 )

La, la, la, la
Yeah, yeah, yeah
La, la, la, la
We will still be friends forever

Will we think about tomorrow like we think about now ?
Can we survive it out there ?
Can we make it somehow ?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round ?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly


Nukilan Kelapan


Kesempurnaan itu sesuatu yang bersifat abstark. Namun, perlu diingat bahawa manusia tidak mampu mencapai kesempurnaan kerana Yang Esa sahaja yang maha sempurna.

Namun, kita akan mengatakan orang disayangi itu sempurna kerana dalam erti kata lain kita menerima mereka seada- adanya. Tak kira kebaikan mahupun keburukan. Semuanya diterima seada- adanya.

Jadi, kesempurnaan itu tak bermakna tiada setitik kelemahan pun kerana kita yang mendefinisikan apa itu sempurna.

INSPIRASI: ANDY AND THE BACKBONE, SEMPURNA

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Bridge:
Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Coda:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna


Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk au bisikkan dan hapus semua sesalku

Bridge:
Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Reff:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk au bisikkan dan hapus semua sesalku

Bridge:
Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Coda:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Saturday, June 18, 2011

Nukilan Ketujuh


Bapa, terima kasih atas jagaan dan kasih sayang. Kasih sayangmu dicerminkan dengan ketegasan dan kekangan. Namun, kini apabila dewasa, aku faham akan erti dan sebabnya ayah...

Ayah, terima kasih kerana tidak pernah lokek denganku. Pakaian, duit belanja, makanan dan pelajaran semuanya dijaga olehmu ayah. Tak pernah mengabaikan kepentingan pelajaran anakmu ayah. Sentiasa menjaga kesihatan anakmu. Sentiasa menyebut sayang dan rindu.

Terima kasih ayah. Aku tak mampu memberi segunung berlian. Namun, dengan seikhlas hati, aku hanya mampu mengucapkan "terima kasih ayah."

INSPIRASI: RABBANI, ANAK SOLEH

Uuuu...
Kenangi ibu bapa
Doakanlah sejahtera
Kita anak harus membela
Apabila sudah dewasa

Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup dan merana
Kerna perbuatan anak derhaka

Bahgiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta

Hai... Ibu bapa
Kami permata anda
Tidak jemu berdoa
Agar sejahtera terpelihara

Di dunia bahagia
Akhirat pun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa

Nukilan Keenam


Ibu, di kejauhan kuuntai ungkapan terima kasih..Tanda kasih dari anak yang kejauhan..Anakmu yang sering kejauhan di atas bumi Tuhan..Demi setitik ilmu...

Ibu, kukira tanpa bimbingnmu, siapalah aku..Insan yang mengajarku apa itu erti ilmu..Mengharungi kejauhan demi sebuah buku...Merentas kawasan dengan jerit perih demi ilmu yang perlu dicari..Kerana seorang insan bernama ibu, aku kenal dan tahu akan harga setitis ilmu..Kutahu kini, harganya sukar dibeli mahupun diganti..Kerana ilmu ini dibayar dengan air mata, kerinduan, kepedihan dan kegembiraan yang tercoret bersama..

Terima kasih ibu...Sentiasa mendengar rintihanku..Rintihan perit seorang anak yang kejauhan...Faham akan kehendakku..Faham akan gelodak jiwaku..Faham akan kepayahanku...Sayang dan rindu sentiasa keluar dari bibirmu untukku...Azimat dan penyeri hidupku...

Maafkan aku, ibu..Kiranya aku pernah mengguris hatimu..Aku hanyalah anakmu yang selalu hanyut dengan kemudaan usiaku..Namun, aku tidak pernah lupa akanmu..Kerana kau ibuku..

Selamat Hari Ibu...

ILHAM:UNTUKMU IBU EXISTS

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Monday, June 13, 2011

Nukilan Kelima


Kegembiraan itu sukar digambarkan. Kecantikannya ibarat si pelangi indah mengukir di kaki langit. Ya, sukar digapai, namun, kecantikannya mengukir setaman keindahan, mengukir buih- buih kegembiraan, mengukir kegembiraan di hati.

Ya, walaupun kegembiraan itu sukar digapai. Sering diganggu dan diusik dengan kesakitan, kesedihan dan keperitan. Namun, kita perlu percaya, kesedihan akan disusuli dengan kegembiraan kerana kepedihan itu datang sebagai dugaan dari Tuhan. Kegembiraan itu datang sebagai penawar dari Yang Esa.

Ya,terima kasih Tuhan. Aku sudah merasai kepedihan yang maha hebat. Namun, kini aku mengecap kegembiraan. Bisa mengukir senyuman. Bisa melihat penyebab kepedihan. Kerana kepedihan itu kerana aku. Ya, kerana kepedihan membuka mata tentang lubang- lubang kelemahan diriku. Kini, kegembiraan dikecap. Bertuah diriku sentiasa dikasahi Yang Esa.

INSPIRASI: NAJWA & MALIQUE, SENYUM

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Sunday, June 12, 2011

Nukilan Keempat


Hidup ini selalu terhalang dengan pelbagai dugaan yang kadang kala sukar untuk ditangani. Hidup sebagai perantau, kejauhan dari orang tersayang bisa menggugat segenap ketabahan dan keteguhan setiap insan. Namun, kerana kawan, hidup bisa diteruskan. Kawan bisa menjadi lilin menyinar segenap kegelapan. Bisa mehilangkan luka nestapa. Bisa mengukir senyuman di muka. Teman yang sentiasa ada tak kira senang atau malang. Sentiasa memahami kondisi diri. Menghulur bantuan tak kira hari.

Namun, untuk mencari kawan seperti ini, sukar sekali. Ibarat mencari intan dalam segunung pertama. Namun, jika intan itu sudah dimiliki, sayangi intan itu kerana apabila hilang dari genggaman, hanya kesalan dan tangisan akan mengiringi. Terima kasih, teman. Kau bisa menyayangi aku seadanya. Bisa menemaniku di mana- mana. Bisa memahamiku tak kira masa.

Ilham daripada UNIC: Kawan

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri) Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis

Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta

Menunjukkan jalan demi ummat semesta ( 2X )



Saturday, June 11, 2011

Nukilan Ketiga


Sering kedengaran di bibir setiap insan bagaimana untuk menjadi cantik. Lumrah insan untuk sentiasa menjadi cantik. Namun, apakah itu kecantikan?

Kecantikan itu ibarat mentafsir kedalaman sesuatu tasik. Mengapa? Sukar diukur dan abstrak semata- mata. Kedalaman tasik itu bisa menjadi satu persoalan dan teka- teki. Semuanya bersifat subjektif, bergantung kepada si empunya diri. Ada insan berkata hitam itu menawan. Ada pula yang kata putih itu bisa buat manusia tertawan. Ukuran kecantikan itu bergantung kepada individu. Tiada siapa yang bisa meraguk hak azali itu.

Jika kecantikan itu bersifat subjektif, mengapa perlu mengubah diri sendiri? Yakinlah bahawa ada insan di dunia ini bisa tertawan dengan kita. Tinggi mahupun rendah, hitam ataupun putih itu tetap cantik. Percayalah kecantikan itu milik setiap insan. Jika ada yang cuba mengubah diri kita atas dasar sayang akan diri ini, percayalah itu dusta semata- mata. Sayang bermakna suka akan diri insan tersebut seada- adanya. Jika insan itu sayang akan kita, dia juga akan suka diri kita seadanya. Kerana dia menganggap kecantikan itu dimiliki oleh diri kita seadanya.

Jadi, saya kira semua insan di dunia ini cantik, bukan?

Inspirasi: Bruno Mars: Just the Way You Are

Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying
She's so beautiful
And I tell her every day
Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see
But every time she asks me do I look okay
I say
When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
lyricsalls.blogspot.com
Just the way you are
Her lips, her lips
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy
She's so beautiful
And I tell her every day
Oh you know, you know, you know

Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same
So don't even bother asking
If you look okay
You know I say
When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are
The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are
When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are


Wednesday, June 8, 2011

Nukilan Kedua



Malam bisa mengungkai segala kekusutan dan keresahan. Di kala hati dan minda mulai kelelahan, malam bisa mengubat segala kepedihan dan kesakitan. Di kala jiwa keresahan dan kerinduan, malam bisa mengungkai segala perasaan. Datang si mimpi membawa pengubat hati yang sunyi. Di kala insani bisa menaburkan hasad dengki dan iri hati, malam bisa menyejukkan hati yang terguris dan terasa hati. Malam bisa memadamkan api membara di jiwa yang memamah kesucian diri, menenggelamkan keriangan, memadamkan keseronokan. Mengapa? Kerana malam menyampaikan angin kedamaian dan ketenangan yang sukar diungkap. Malam memberi ketenangan. Ruang kebebasan dari insan di bumi. Ketenangan dan kedamaian dari segenap kesengsaraan duniawi. Selamat malam, sayangku. Moga malammu disulami kedamaian, ketenangan dan keindahan yang tak bisa diungkai oleh insani. Moga malammu diiringi takbir pelindung Ilahi..






Lirik: Selamat Malam (Faizal Tahir)


Biarkan berlalu

Semua kepedihanmu

Lelapkan matamu

Biarkan mimpi membawamuKe mana kau mahu


Selamat malam

Tidurlah sayangku

Siang kan tiba bercahaya

Bermula baru semua untukmu


Biarkan berlabuh tirai kisah semalam

Yang indah itu ada padamu

Dengan setiap impian dan harapan


Selamat malam

Tidurlah sayangku

Siangkan tiba bercahaya

Bermula baru semua untukmu


Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu

Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku

Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi

Terhapus semua air mata dengan senyuman


Selamat malam sayang

Selamat malam kasih

Selamat malam sayangWoooo...

Selamat malam sayang

Selamat malam kasih

Selamat malam sayangWoooo...


Tidurlah sayangku

Siangkan tiba bercahaya

Bermula baru semua untukmu

Selamat malam

Tidurlah sayangku

Tuesday, June 7, 2011

Nukilan Pertama


Siapalah aku. Sekadar insan yang hanya mampu mengejar dari belakang. Tak mampu duduk setinggi mahupun srendah engkau..Namun, engkau sedar tentang hakikat itu bukan? Kepahitan dan keperitan yang kutelan. Kerasnya hatiku, teguhnya diriku ibarat sang Titiwangsa yang tegak berdiri, tegas mengunjur merentas negeri. Tapi, kau lupa satu hakikat. Aku bukannya sang Titiwangsa yang masih teguh berdiri walaupun hidupnya penuh onak dan duri. Dia tidak bisa mengalirkan air mata mahupun merintih. Tapi, aku hanya insan kerdil yang berdiri di atas kaki yang bila tiba saatnya bisa lumpu ditelan hari. Aku bisa merintih, menangis. Kerana aku masih lagi manusia yang punya hati dan perasaan. Aku sedar aku serba kurang. Sentiasa mengejar, mengejar dan mengejar.. Kau tidak pernah merasakannya bukan.. Kerana kau sentiasa di depan.. Di depan.. Dan di depan.. Namun, aku masih setia..Demi cintaku..Sayangku tidak mampu diukur. Tapi, jika aku dilayan seperti udara, tak mampu dipegang mahupun dilihat, aku kira ini penyudahnya..Kesedihanku meluap..Gunung yang meletus tak mampu dikekang.Kesedihan dan keperitan kini meluap. Hanya satu ayat mampu kuungkap. Selamat tinggal...


Sunday, June 5, 2011

Permulaan kepada Nukilan..


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Como dias? Mesti anda tertanya apakah maksud ayat tersebut, bukan? Ayat tersebut merupakan bait- bait yang sentiasa digunakan oleh golongan yang hidup dengan bahasa ini, iaitu bahasa Sepanyol yang bermaksud apa khabar. Mungkin ada dalam kalangan kita yang ingin melakukan nukilan eksperimental yang berselitkan dengan keunikan bahasa ini? Menarik bukan...Kita lari sebentar dari kebiasaan pengaruh bahasa Inggeris mahupun Arab yang terhadap karya yang sedia ada...

Namun, anda mesti tertanya- tanya mengapa pengenalan begitu lambat disua. Sepuluh jari disusun kerana ini memang kesilapan yang sukar dielakkan. Saya sebenarnya sudah memulakan nukilan untuk subjek ini. Namun, seribu kali sayang, karya tersebut tidak menepati kehendak Prof. Mawar. Jadi, saya kira wajar saya menghasilkan dan memaparkan karya yang bertepatan dengan kehendak Prof. Mawar agar ia dapat dijadikan sebagai landasan bagi membaiki diri dan merapatkan ukuwah yang mula terjalin. Saya kira majoriti pelajar yang mengikuti kursus ini terdiri daripada pelajar MASCOM.Jadi, saya yang mengambil kursus lain ini untuk menjalinkan persahabatan yang diharapkan dapat terjalin antara kita.

Akhir kata, diharapkan semua dapat menikmati keseronokan dan manafaat secara optimum dengan kursus kali ini.