Saturday, June 18, 2011

Nukilan Keenam


Ibu, di kejauhan kuuntai ungkapan terima kasih..Tanda kasih dari anak yang kejauhan..Anakmu yang sering kejauhan di atas bumi Tuhan..Demi setitik ilmu...

Ibu, kukira tanpa bimbingnmu, siapalah aku..Insan yang mengajarku apa itu erti ilmu..Mengharungi kejauhan demi sebuah buku...Merentas kawasan dengan jerit perih demi ilmu yang perlu dicari..Kerana seorang insan bernama ibu, aku kenal dan tahu akan harga setitis ilmu..Kutahu kini, harganya sukar dibeli mahupun diganti..Kerana ilmu ini dibayar dengan air mata, kerinduan, kepedihan dan kegembiraan yang tercoret bersama..

Terima kasih ibu...Sentiasa mendengar rintihanku..Rintihan perit seorang anak yang kejauhan...Faham akan kehendakku..Faham akan gelodak jiwaku..Faham akan kepayahanku...Sayang dan rindu sentiasa keluar dari bibirmu untukku...Azimat dan penyeri hidupku...

Maafkan aku, ibu..Kiranya aku pernah mengguris hatimu..Aku hanyalah anakmu yang selalu hanyut dengan kemudaan usiaku..Namun, aku tidak pernah lupa akanmu..Kerana kau ibuku..

Selamat Hari Ibu...

ILHAM:UNTUKMU IBU EXISTS

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

No comments:

Post a Comment