
Bapa, terima kasih atas jagaan dan kasih sayang. Kasih sayangmu dicerminkan dengan ketegasan dan kekangan. Namun, kini apabila dewasa, aku faham akan erti dan sebabnya ayah...
Ayah, terima kasih kerana tidak pernah lokek denganku. Pakaian, duit belanja, makanan dan pelajaran semuanya dijaga olehmu ayah. Tak pernah mengabaikan kepentingan pelajaran anakmu ayah. Sentiasa menjaga kesihatan anakmu. Sentiasa menyebut sayang dan rindu.
Terima kasih ayah. Aku tak mampu memberi segunung berlian. Namun, dengan seikhlas hati, aku hanya mampu mengucapkan "terima kasih ayah."
INSPIRASI: RABBANI, ANAK SOLEH
Kenangi ibu bapa
Doakanlah sejahtera
Kita anak harus membela
Apabila sudah dewasa
Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup dan merana
Kerna perbuatan anak derhaka
Bahgiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta
Hai... Ibu bapa
Kami permata anda
Tidak jemu berdoa
Agar sejahtera terpelihara
Di dunia bahagia
Akhirat pun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa
No comments:
Post a Comment