Tuesday, June 7, 2011

Nukilan Pertama


Siapalah aku. Sekadar insan yang hanya mampu mengejar dari belakang. Tak mampu duduk setinggi mahupun srendah engkau..Namun, engkau sedar tentang hakikat itu bukan? Kepahitan dan keperitan yang kutelan. Kerasnya hatiku, teguhnya diriku ibarat sang Titiwangsa yang tegak berdiri, tegas mengunjur merentas negeri. Tapi, kau lupa satu hakikat. Aku bukannya sang Titiwangsa yang masih teguh berdiri walaupun hidupnya penuh onak dan duri. Dia tidak bisa mengalirkan air mata mahupun merintih. Tapi, aku hanya insan kerdil yang berdiri di atas kaki yang bila tiba saatnya bisa lumpu ditelan hari. Aku bisa merintih, menangis. Kerana aku masih lagi manusia yang punya hati dan perasaan. Aku sedar aku serba kurang. Sentiasa mengejar, mengejar dan mengejar.. Kau tidak pernah merasakannya bukan.. Kerana kau sentiasa di depan.. Di depan.. Dan di depan.. Namun, aku masih setia..Demi cintaku..Sayangku tidak mampu diukur. Tapi, jika aku dilayan seperti udara, tak mampu dipegang mahupun dilihat, aku kira ini penyudahnya..Kesedihanku meluap..Gunung yang meletus tak mampu dikekang.Kesedihan dan keperitan kini meluap. Hanya satu ayat mampu kuungkap. Selamat tinggal...


No comments:

Post a Comment